Isnin, 28 April 2014
LOVE THIS SONG : ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH
Love this song.. Lagu ni khas buat semua isteri di seluruh dunia..
Isteri Cerdik Yang Solehah
Artis : Naazeri Raihan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
(istri cerdik yang sholehah)

Jumaat, 25 April 2014
PJJ - SEDIH BILA SUAMI TAK DAPAT BALEK
Hari ni rasa moody jer.. Dalam meeting tadi pun rasa takde mood. Sepatutnya hari jumaat semua orang gembira kan.. Sebab esok Sabtu cuti.. Huhuh...Tapi, saya juga yang berduka.. Sebabnya pagi tadi dapat berita sedih yang suami tak dapat balek jumpa saya.. Almaklumlah kami kan PJJ ( ni entry tentang kami PJJ - Kehidupan PJJ Perlukan Pengorbanan dan Kesabaran )...
Alasan suami tak balek sebabnya Roadtax kereta tak siap renew lagi.. haish... dah berapa hari hantar pun tak siap lagi... Awatla lambat sangat kedai yang renew insurans & roadtax tu buat.. Dah menyebabkan saya tak dapat jumpa suamiku...Uwaaaaaaaa....
Ada jugak terdetik dihati perlu ke saya yang turun KL jumpa suami..uuuuuuuuu (menangis dalam hati)... Memang ikutkan hati rasa nak naik bas je pergi KL jumpa suami. Tapi dah hari jumaat ni baru suami bagitau yang dia tak dapat balek, Confirm tiket bas dah takde.. Uuuuuuuu Sedih lagi...Asek menangis je la kau Norzie Liefde..cengeng betul..haishhh...
Sesiapa yang pernah PJJ mesti pernah jadi macam saya kan.. Apa pun, sabar aje lah.. Next kita jumpa yer, suamiku..
I LOVE YOU suami ku ISMI JULIADI NURIDJAL...

Me with Lovely Husband
RESEPI LAKSA PENANG (IKAN SARDIN)
Assalamualaikum.. & Selamat Tengahari.....
Lunch tak tau nak masak apa? Haaa apa kata sesekali masak LAKSA plak.. Ok tengah hari tetiba rasa nak share Resepi Laksa Penang. Tapi kali ni nak guna Ikan Sardin dalam tin.. Rasanya dah ramai tau kot resepi ni.. heheh.. Saje nak share.. Sebab beberapa minggu lepas saya ada buat Laksa Penang ni guna Ikan Sardin.. Jom tengok bahan2 & cara2 buat Laksa Penang ni... Untuk resepi ni memang untuk lebih 5 orang makan..
BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :
3. Tambahkan 1/2 blender air lagi. Kalau rasa pekat, tambah lagi air sedikit.
4. Masukkan cili kisar/cili boh dan asam keping dalam periuk tadi dan didihkan.
5. Bila dah masak sikit, masukkan daun kesum dan bunga kantan.
6. Masak sehingga mendidih.
7. Masukkan garam dan perasa secukupnya. kalau rasa kurang masam boleh tambah asam keping lagi.

- 2 tin sardin besar ( terpulang nak guna sardin jenama apa. saya guna jenama Adabi )
- 1 biji bawang besar holland
- Sedikit belacan
- 2 sudu cili kering kisar/cili boh ( ikut suka hati nak letak banyak mana. nak pedas letak lebih)
- 7 keping asam keping ( boleh tambah kalau suka masam )
- Sedikit daun kesum
- 2 kuntum bunga kantan ( potong 2 )
- 1/2 blender air
BAHAN-BAHAN HIASAN LAKSA
- 1 paket laksa ( ikut suka jenama apa. Saya xhengat plak saya guna jenama apa hari tu. Rendam semalaman laksa dalam air biasa ATAU kalau nak cepat rebus laksa dalam air yang dididihkan dalam lebih kurang 15 minit. Agak-agak laksa lembut la )
- 2 biji bawang besar holland ( potong nipis )
- 5 biji telur ( rebus dalam 15-20 minit ).
- 1 biji timun ( potong nipis & halus )
- 5 biji cili api ( potong nipis & halus. terpulang nak letak atau tak cili api ni. macam saya tak letak sebab saya tak berapa tahan pedas )
- Daun selum ( potong halus. terpulang sama ada nak tambah atau tak daun selum ni. tapi kalau letak lagi sedap )
CARA-CARA :
1. Masukkan sardin bersama kuahnya dalam blender. Tambahkan sekali bawang besar dan belacan. Kisar semua bahan.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
3. Tambahkan 1/2 blender air lagi. Kalau rasa pekat, tambah lagi air sedikit.
4. Masukkan cili kisar/cili boh dan asam keping dalam periuk tadi dan didihkan.
5. Bila dah masak sikit, masukkan daun kesum dan bunga kantan.
6. Masak sehingga mendidih.
7. Masukkan garam dan perasa secukupnya. kalau rasa kurang masam boleh tambah asam keping lagi.
8. Bila kuah dah masak, boleh hidang bersama laksa dan bahan hiasan...
Dah SIAP... hidangkan kuah laksa bersama laksa serta bahan hiasan.. dah boleh MAKAN... nyammiii..
Senang je kan.. Inilah hasilnya LAKSA PENANG IKAN SARDIN ku...
*** Banyak yang kurang sebenarnya, sebab bahan hiasan banyak takde.. sebab secara spoantan tetiba nak buat laksa. so bahan guna apa yang ada jer.. So pada kawan2 yang nak buat laksa ni, sila pastikan bahan2 anda lengkap erk. barulah lagi ummpphhh... ^____^
Selasa, 15 April 2014
KEHIDUPAN PJJ PERLUKAN PENGORBANAN DAN KESABARAN
Assalamualaikum wbt sebagai pembuka bicara..
PJJ??? Apa tu? Pendidikan Jarak Jauh ke?? heheh.. baru-baru ni ada aku luahkan kt FB psl PJJ ni.. sampaikan ade sorang member ni salah sangka.. Dia ingatkan PJJ tu Pendidikan Jarak Jauh.. heheh.. Betul jugak.. Tapi PJJ yang aku maksudkan tu pasangan yang dah berkahwin tapi tak duduk bersama.. Sorang kat Utara, sorang lagi kat Pantai Timur.. hahaha.. Aku la tu...
Aku dengan suami memang dari bercinta, hingga bertunang sampaila dah KAHWIN ni, memang PJJ.. Bercinta 2 tahun, tunang 8 bulan then kahwin... heheh... Selama tu la kami PJJ. Dulu kalau masa bercinta & bertunang, jumpa pun 2-3 bulan sekali.. dah dekat nak kahwin baru jumpa sebulan sekali..tu pun sebab nak beli barang kahwin.. orang kata sebelum kahwin lagi bagus duk jauh2 kan.. takde la PAHALA berkurang..
Tapi dah lepas kahwin duk jauh2 ni....SEDIH giler... hanya pasangan yang PJJ je tau perasaan tu.. Suami masa tu kat Kedah, aku pulak kat Pahang.. Perjalanan dari Kedah nak ke Pahang tu mau 8-9 jam.. tu kalau traffict lancar..huhuh.. So ada sepanjang kahwin tu, sebulan lebih hamek kau tak jumpa.. Sedihhhhhhh.. nak menangis kot.. Jelezzz kot tgk pasangan lain jalan2 dengan suami. then pergi pasar malam sama2.. Tapi aku??? SORANG2 yer.. sabor ajelah... huhuh..
Tapi berkat kesabaran dan Do'a kami kepadaNya yang tak putus2, dalam 3 bulan kahwin, Alhamdulillah suami dapat tukar ke KL. itulah namanya rezeki selepas perkahwinan.. Allah kata REZEKI itu ada dalam setiap PERKAHWINAN.. So yg nak rezeki bertambah tu, cepat2lah kahwin yerk..heheh.. Ok berbalik pd cerita suami dapat tukar ke KL tu, so dekatla sikit nak ulang alik dari KL ke Pahang.. Dalam 2 jam setengah dah sampai.. Memang bersyukur sangat.. Sekarang ni tunggu aku pulak dapat pertukaran ke KL ikut suami. Moga Allah permudahkan urusan kami..
So, apa yang aku nak kongsikan kat sini, pada mana2 pasangan PJJ teruskanlah bersabar, usaha dan jangan pernah putus BERDO'A kepada Allah agar kita pasangan suami isteri dapat bersatu semula serta dipermudahkan urusan.. Percayalah Allah dah tentukan setiap perjalan kehidupan kita. Sudah pasti ada hikmahnya di setiap apa yang Allah tentukan...InNSYA'ALLAH ada rezeki itu... keep STRONG yeah!!!
Isnin, 14 April 2014
TERCIPTANYA BLOG KENALI AKU NORZIE LIEFDE
Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi..
Sekarang jam 11:35 pagi 14/04/2014, terhasil lah blog kenaliakunorzieliefde.blogspot.com.Sebenarnya sudah lama hati ni nak buat blog tapi baru hari terciptanya blog ni. Saya bukanlah siapa-siapa apatah lagi bukan insan glamour, juga bukan bukan insan ternama.. Saya adalah saya.. Aku adalah aku... Aku adalah insan biasa dengan gelaran norzie liefde.. Berasal dari Pahang.. Dan berumur 27 tahun walau hakikatnya pada 11 Julai 2014 ini genap usia saya 28 tahun.. sudah DEWASA rupanya aku.. hahah.. perasan muda.. OK saya dah berkahwin.. BILA??? Di lain entry saya akan cerita okies.. Teman-teman blogger juga boleh kenali saya melalui facebook saya https://www.facebook.com/norzie.liefde.
Blog ini tercipta bukanlah untuk mencari glamour, mencari nama atau mempromosi diri.. Tapi ianya tercipta hanyalah kerana ingin berkongsi cerita-cerita, berkongsi pendapat dan ilmu serta mencoretkan kata-kata yang tersimpan di dalam hati melalui blog ini.. Apa harapan saya?? semoga dengan TERCIPTANYA blog ini saya dapat mengenali insan-insan HEBAT bergelar blogger diluar sana dengan perkongsian ilmu-ilmu untuk manfaat bersama..
Oklah rasanya tu je kot serba sedikit tentang saya @ aku.. Macam kurang sopan erk perkataan aku yerk.. heheh.. saya nak sambung keje.. oh yer lupa nak cerita saya bekerja makan gaji dan berbusiness kecil-kecilan.. ^____^ Next entry kita jumpa lagi..
Langgan:
Catatan (Atom)