Selasa, 15 April 2014

KEHIDUPAN PJJ PERLUKAN PENGORBANAN DAN KESABARAN

Assalamualaikum wbt sebagai pembuka bicara..

PJJ??? Apa tu? Pendidikan Jarak Jauh ke?? heheh.. baru-baru ni ada aku luahkan kt FB psl PJJ ni.. sampaikan ade sorang member ni salah sangka.. Dia ingatkan PJJ tu Pendidikan Jarak Jauh.. heheh.. Betul jugak.. Tapi PJJ yang aku maksudkan tu pasangan yang dah berkahwin tapi tak duduk bersama.. Sorang kat Utara, sorang lagi kat Pantai Timur.. hahaha.. Aku la tu...

Aku dengan suami memang dari bercinta, hingga bertunang sampaila dah KAHWIN ni, memang PJJ.. Bercinta 2 tahun, tunang 8 bulan then kahwin... heheh... Selama tu la kami PJJ. Dulu kalau masa bercinta & bertunang, jumpa pun 2-3 bulan sekali.. dah dekat nak kahwin baru jumpa sebulan sekali..tu pun sebab nak beli barang kahwin.. orang kata sebelum kahwin lagi bagus duk jauh2 kan.. takde la PAHALA berkurang.. 

Tapi dah lepas kahwin duk jauh2 ni....SEDIH giler... hanya pasangan yang PJJ je tau perasaan tu.. Suami masa tu kat Kedah, aku pulak kat Pahang.. Perjalanan dari Kedah nak ke Pahang tu mau 8-9 jam.. tu kalau traffict lancar..huhuh.. So ada sepanjang kahwin tu, sebulan lebih hamek kau tak jumpa.. Sedihhhhhhh.. nak menangis kot.. Jelezzz kot tgk pasangan lain jalan2 dengan suami. then pergi pasar malam sama2.. Tapi aku??? SORANG2 yer.. sabor ajelah... huhuh..

Tapi berkat kesabaran dan Do'a kami kepadaNya yang tak putus2, dalam 3 bulan kahwin, Alhamdulillah suami dapat tukar ke KL. itulah namanya rezeki selepas perkahwinan.. Allah kata REZEKI itu ada dalam setiap PERKAHWINAN.. So yg nak rezeki bertambah tu, cepat2lah kahwin yerk..heheh.. Ok berbalik pd cerita suami dapat tukar ke KL tu, so dekatla sikit nak ulang alik dari KL ke Pahang.. Dalam 2 jam setengah dah sampai.. Memang bersyukur sangat.. Sekarang ni tunggu aku pulak dapat pertukaran ke KL ikut suami. Moga Allah permudahkan urusan kami..

So, apa yang aku nak kongsikan kat sini, pada mana2 pasangan PJJ teruskanlah bersabar, usaha dan jangan pernah putus BERDO'A kepada Allah agar kita pasangan suami isteri dapat bersatu semula serta dipermudahkan urusan.. Percayalah Allah dah tentukan setiap perjalan kehidupan kita. Sudah pasti ada hikmahnya di setiap apa yang Allah tentukan...InNSYA'ALLAH ada rezeki itu... keep STRONG yeah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan