Jumaat, 25 April 2014

RESEPI LAKSA PENANG (IKAN SARDIN)

Assalamualaikum.. & Selamat Tengahari.....

Lunch tak tau nak masak apa? Haaa apa kata sesekali masak LAKSA plak.. Ok tengah hari tetiba rasa nak share Resepi Laksa Penang. Tapi kali ni nak guna Ikan Sardin dalam tin.. Rasanya dah ramai tau kot resepi ni.. heheh.. Saje nak share.. Sebab beberapa minggu lepas saya ada buat Laksa Penang ni guna Ikan Sardin.. Jom tengok bahan2 & cara2 buat Laksa Penang ni... Untuk resepi ni memang untuk lebih 5 orang makan..

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :

  • 2 tin sardin besar ( terpulang nak guna sardin jenama apa. saya guna jenama Adabi )
  • 1 biji bawang besar holland
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu cili kering kisar/cili boh ( ikut suka hati nak letak banyak mana. nak pedas letak lebih)
  • 7 keping asam keping ( boleh tambah kalau suka masam )
  • Sedikit daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan ( potong 2 )
  • 1/2 blender air

BAHAN-BAHAN HIASAN LAKSA

  • 1 paket laksa ( ikut suka jenama apa. Saya xhengat plak saya guna jenama apa hari tu. Rendam semalaman laksa dalam air biasa ATAU kalau nak cepat rebus laksa dalam air yang dididihkan dalam lebih kurang 15 minit. Agak-agak laksa lembut la )
  • 2 biji bawang besar holland ( potong nipis )
  • 5 biji telur ( rebus dalam 15-20 minit ).
  • 1 biji timun ( potong nipis & halus )
  • 5 biji cili api ( potong nipis & halus. terpulang nak letak atau tak cili api ni. macam saya tak letak sebab saya tak berapa tahan pedas )
  • Daun selum ( potong halus. terpulang sama ada nak tambah atau tak daun selum ni. tapi kalau letak lagi sedap )


CARA-CARA :

     1.  Masukkan sardin bersama kuahnya dalam blender. Tambahkan sekali bawang besar dan belacan. Kisar semua bahan.

     2.  Masukkan bahan kisar dalam periuk.

     3.  Tambahkan 1/2 blender air lagi. Kalau rasa pekat, tambah lagi air sedikit.

     4.  Masukkan cili kisar/cili boh dan asam keping dalam periuk tadi dan didihkan.

     5.  Bila dah masak sikit, masukkan daun kesum dan bunga kantan.

     6.  Masak sehingga mendidih.

     7.  Masukkan garam dan perasa secukupnya. kalau rasa kurang masam boleh tambah asam keping lagi.
     8.  Bila kuah dah masak, boleh hidang bersama laksa dan bahan hiasan...

Dah SIAP... hidangkan kuah laksa bersama laksa serta bahan hiasan.. dah boleh MAKAN... nyammiii..
Senang je kan.. Inilah hasilnya LAKSA PENANG IKAN SARDIN ku...

*** Banyak yang kurang sebenarnya, sebab bahan hiasan banyak takde.. sebab secara spoantan tetiba nak buat laksa. so bahan guna apa yang ada jer.. So pada kawan2 yang nak buat laksa ni, sila pastikan bahan2 anda lengkap erk. barulah lagi ummpphhh...  ^____^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan