Rabu, 14 Mei 2014

ALHAMDULILLAH - THANKS ALLAH


Mula-mula sekali nak ucap Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah... Kau makbulkan jua doa kami.. Alhamdulillah adalah satu perkataan yang tidak tinggal dari ucapan mulut ku sejak dari tadi.. Kerana apa?? Kerana pertukaran ku dari tempat kerja ku kini Hospital Jengka ke Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, PJ telah diluluskan. Alhamdulillah..

Aku mula buat permohonan pertukaran pada 05 Mac 2014. dan pada hari ni 14 Mei 2014, aku dah dapat surat kelulusan pertukaran. Setelah 2 bulan penantian. Cepat jugak dapat kelulusan.. Ya Allah gembiranya..  Selama ni aku dan suami duduk berasingan.. Memandangkan aku bekerja di Pahang, suami ku di KL.

Sepatutnya pertukaran aku berkuatkuasa pada 19 Mei 2014. Tapi rasanya maybe ada penangguhan. Sebab nak kene settlekan semua tugas dan yang penting nak kene serah tugas pada staff baru.. So tak sure lagi bila date sebenar pertukaran..

Ya Allah.. Aku dapat tukar dan dekat dengan suami dah...Rasa happy sangat.. Tapi dalam waktu yang sama ada sedikit rasa sedih nak tinggalkan kawan-kawan office yang best kat Hospital Jengka ni. Korang memang the best!! Love uolls..I will miss uolls..

Semoga urusan kami dipermudahkan untuk hari ini dan hari-hari yang seterusnya... Ameen....

Jumaat, 9 Mei 2014

PILIHAN PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI TERENGGANU

Assalamualaikum WBT....


Selamat pagi uolls... hari ni dah Jumaat.. Esok cuti..Yahhooooo... Mesti ada yang plan nak g holiday kan hujung2 minggu ni.. Tak pun plan nak  g holiday time cuti sekolah nanti.. Dan kalau nk g holiday perkara pertama kita fikir mesti nak cari hotel kan.. tak pun homestay bagi yang holiday satu family.. Tambah2 plak dah last2 minute nk g holiday baru time tu la nak booking hotel la homestay la dan yang seangkatan dengannya.. Dah tu plak g holiday time cuti umum or cuti sekolah..Memang PENING!!! Full Pack kot..


Haaaaa perkara tu la jadi kat saya baru2 ni time nk g holiday kat TERENGGANU.. Sapa suh last minute plan.. Huhuhuh.. Dah la pegi holiday time cuti Hari Pekerja yang jatuh hari Khamis. Confirm la homestay2 full pack. Pening kepala nak cari homestay.. Esok nak pergi, hari ni baru sibuk cari homestay..Rasanya ada mau 15 buah homestay saya call tapi semua penuh.. Hahahahaha.. Sakit kepalo.. Time tu saya nak g holiday satu family.. So ramai kan.. Saya perlukan Homestay.. Kalau hotel biasa banyak lagi.. Tapi kalau homestay ni huh memang kene booking awal2 uolls kalau nak g holiday.. Jangan jadi macam saya..


Tapi kerana berkata kesabaran saya mendail no telefon Homestay tanpa jemu akhirnya beroleh kejayaan.. Hahah.. Dah petang kau baru saya jumpa homestay yang kosong... Nama Homestay tu Sea View Guest House ( Nama je Sea View tapi homestay nye bukan sea view pun... Huhuh ). Apa pun bersyukur sangat Alhamdlillah akhirnya ada jugak tempat tidur kitorang..


Homestay dia kayu tapi besau.. Ada 3 bilik. 2 bilik aircond, 1 bilik kipas. Semua kemudahan lengkap. Dah sediakan dapur, garam, gula semua kelengkapan masak lah. Yang bestnya ada washing machine lagi kau.. kelas kau jah!! So seperti berada di rumah sendiri.. Heheh.. Nama owner homestay tu Hj Baharom. Ni no contact dia 013-9218810. Di ulang nama homestay Sea View Guest House. So sesiapa yang berminat nak duk homestay ni sila lah call beliau. Jangan call saya tau.. saya takde homestay. Saya just promote je. Hahah.. Tapi sorry  uolls saya terlupa plak nak amek gambar homestay tu. Korang search la pakcik Google erk.


Haaa lagi satu, saya nak bantu korang buat pilihan untuk penginapan korang sekiranya nak holiday di Terengganu.. List ni saya dapat dari pakcik Google jugak. Cume fail save PDF. Tapi saya dah save dalam bentu JPEG (pict).. Easy kan.. Hahah..








Haaaa banyakkan uolls pilihan penginapan kat terengganu yang korang boleh pilih.. So pilih la ikut suka hati uolls okies.. Selamat Bercuti..

Salam Ceria Salam Inspirasi..
- Norzie Liefde